Wednesday, October 8, 2014

DEFINISI PAKAIAN PENGUBAHSUAIAN PAKAIAN

DEFINISI PAKAIAN PENGUBAHSUAIAN PAKAIAN

Pengubahsuaian pakaian ialah satu proses menjahit semula pakaian yang telah siap pada bahagian tertentu yang tidak selesa apabila dipakai.Tujuan ubahsuai pakaian dibuat ialah

Menambahkan keselasaan kepada pemakai

Agar pakaian kelihatan lebih baru

Menjadikan pakaian lebih mengikut perkembangan stail semasa

Kaedah pengubahsuaian yang boleh dibuat adalah seperti berikut.

Memanjang dan memendekkan pakaian

Mengecil dan membesarkan pakaian

Menjahit manic/labuci pada bahagian badan tertentu

Menggunakan bahan trimin seperti renda,ropol,pita dan piping

Membuat penambahan stail pakaian seperti kocek,lisu perhiasan,godet dan bahu berbibir

Menjahit butang perhiasan

Menjahit sulam tangan dan sulam mesin



PAKAIAN SIAP

Ubahsuai pakaian boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu ubahsuai pada pola dan ubahsuai terus pada pakaian.Pola asas adalah lakaran rajah pada kertas yang berpandukan ukuran badan tertentu untuk menghasilkan sesuatu rekaan pakaian.Pola asas dilakar mengikut ukuran badan yang tepat ditambah kelegaan.