Silhouette
Silhouette ialah bentuk garis luar atau satu ilusi yang ketara dapat dilihat dalam suatu pakaian.
Terdapat 4 jenis silhouette:-
BENTUK RAMPING ATAU HOURGLASS
i.Bentuk badan seseorang dapat dilihat dengan jelas kerana pakaian seolah-olah melekat kepada badan
ii.Pakaian yang membentuk natural yang memberi seperti leotard,pakaian mandi,body hugging dan pakaian sukan.Pakaian seperti ini memberi penekanan pada garis dada,pinggang dan pinggul.Garisan mendatar perlu dibuat pada pakaian seperti ini member efek lebih besar pada pemakai.
Bentuk payung/extreme volume atau full
i.Bentuk badan yang kecil atau kurus akan kelihatan lebih besar jika memakai pakaian yang berbentuk ini
ii.Bentuk ini dapat juga menyelesaikan masalah bentuk badan seseorang yang agak tinggi
iii.Contoh pakaian jenis ini adalah seperti kot,pakaian yang berlengan kimono,skirt kedut bertingkat dan blaus lengan Magyar
iv.Garisan menegak seperti garis puteri perlu dibuat untuk mengurangkan kelebaran pada pakaian jenis ini
Bentuk lurus/tubular atau potongan pensil/slim line
i.Bentuk pakaian mempunyai sedikit ruang di antara badan si pemakai.
ii.Pakaian adalah seperti jaket,skirt ketat,kebaya,ceongsam serta slek.Pakaian ini member kesan yang tinggi kepada seseorang.Garisan mendatar dan melengkung akan membuat seseorang kelihatan lebih besar atau lebar
Bentuk loceng,bell dan ramping/hourglass
i.Pakaian yang member penekanan dengan sepenuhnya pada garis dada dan garis pinggul
ii.Garis pinggang yang sangat langsing dan ini menonjolkan cirri-ciri kewanitaan serta member membentuk badan supaya kelihatan anggun
iii.Contoh pakaian jenis ini adalah seperti pakaian pengantin,pakaian malam,skirt kembang payung dan blaus berpeplum
iv.Garis menegak atau menyerong akan member efek tinggi dan langsing kepada pemakai
Lengan padanan rata
Lengan padanan rata ialah lengan yang dicantum pada keruk lengan.
Terdapat 8 jenis lengan padanan rata:-
i .Lengan padanan rata
ii .Lengan gelembung
iii .Lengan tulip
iv .Lengan selarai pendek
v .Lengan kedut di kepala lengan
vi .Lengan kembang payung
vii .Lengan bisyop
viii.Lengan kaki kambing(leg of mutton)
Labuh duduk
labuh duduk ialah ukuran yang diambil dari garis pinggang ke pinggul dalam keadaan duduk.Ukuran ini diperlukan untuk mendraf pola slek.
Cara mengambil ukuran labuh duduk
•Duduk tegak di atas kerusi
•Ukur dari paras pinggang ke permukaan kerusi dengan menggunakan pembaris
Alat dan bahan bagi ukuran labuh duduk
•Pembaris
•Pita kelarai
Garis puteri
Garis potongan yang dibuat pada garis bahu atau keruk lengan melalui mercu dada ke garis pinggang atau labuh baju.
Wardrobe
Wardrobe ialah almari yang dipenuhi dengan koleksi pakaian
Kolar Peterpan
Kolar leper,kecil dan bulat pada bahagian hadapan.Asalnya digunakan pada pakaian kanak-kanak dan kemudiannya pada pakaian wanita.
Croquis
Croquis ialah daripada perkataan Perancis yang bermaksud alat panduan yang terdapat dalam pelbagai figura dan digunakan untuk menekap bagi menghasilkan lakaran kasar stail pakaian.
Butang kepala lalat
Butang kepala lalat ialah kancing hiasan daripada pita fabrik atau fabrik pintal yang digunakan pada pakaian seragam tentera dan juga pada baju yang dipakai oleh orang Cina
Kelepet
Kelepet ialah penyudah pakaian pada hujung skirt atau lengan dan seluar sama ada dengan melipat atau menggulung ke atas dan dikemaskan dengan jahitan sembat susup,silang pangkah dan jahit mesn.Lebar pada kelepet sebanyak 3cm-5cm bagi kanak-kanak dan 1cm bagi kain kembang payung.
No comments:
Post a Comment